Seperti Dilaporkan di Buletin Mutiara
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Foto : ALISSALA THIAN
BAYAN BARU – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melalui Perbadanan
Pembangunan Puau Pinang (PDC) dan anak syarikatnya PDC Properties Sdn. Bhd. membina
694 unit rumah kos sederhana dan kos sederhana rendah di Telok Kumbar, di sini,
gara-gara permohonan Kerajaan Negeri sejak tahun 2009 langsung tidak mendapat
jawapan positif daripada Kerajaan Pusat.
Pengerusi PDC Properties Sdn. Bhd., YB Wong
Hon Wai yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam berkata,
Kerajaan Negeri pernah memohon daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan supaya cadangan pemajuan rumah mampu milik tersebut dimasuk dalam
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tidak menampakkan sebarang respon
positif.
“Kita (Kerajaan Negeri) tidak boleh tunggu
lagi kerana bagi saya sudah tunggu lama dan kita harus tukar strategi
dengan Kerajaan Negeri membina rumah
seperti yang berlaku pada era 1970an dan 1980an.
“Ini kerana selepas tahun 1970-an dan
1980an, pembinaan rumah mampu milik oleh Kerajaan Negeri agak perlahan dan
bayangkan tempat kepadatan tinggi seperti di Bandar Baru Air Itam yang
dibangunkan pada 1990an kesemua projek adalah dibina pemaju swasta dan tiada
satu unit pun oleh Kerajaan Negeri,” ujar Hon Wai semasa satu sidang media di
Kompleks PDC di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, pemajuan projek itu
membabitkan tanah bernombor lot 865, 866 dan 873 dalam Mukim Sembilan, Teluk
Kumbar berhadapan Puspakom dengan sokongan dana daripada Kerajaan Negeri
sendiri. Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM500 juta untuk dana pembinaan
rumah mampu milik.
Projek tersebut terdiri oleh dua blok.
Sebanyak 348 unit rumah kos sederhana berkeluasan lantai antara 850 hingga 1,000
kaki persegi akan dibina dalam blok pertama berketinggian 26 tingkat.
Manakalala, 346 unit rumah kos sederhana
rendah berkeluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dalam blok kedua
berketinggian 25 tingkat.
“Saya menjangkakan unit-unit ini akan mendapat
permintaan hangat berdasarkan lokasi yang strategik dengan Jambatan Kedua Pulau
Pinang yang bakal siap tidak lama lagi, berhampiran dengan zon perindustrian
bebas serta boleh menarik minat terhadap pembeli muda yang inginkan memiliki
rumah yang awal,” jelas Hon Wai lagi.
Itu, katanya, Rancangan Kerajaan Negeri
membina 20,000 unit rumah mampu milik di semua daerah lain, seperti di Jalan
S.P Chelliah dekat Daerah Timur Laut, daerah Seberang Perai Utara (Kampung Jawa
dan Ampang Jajar), daerah Seberang Perai
Tengah (Bukit Mertajam) dan daerah Seberang Perai Selatan (Bandar Cassia, Batu
Kawan).
Beliau berkata, semua harga rumah yang
bakal dibina akan diumumkan kemudian.
KAPSYEN:
WONG Hon Wai sedang meneliti model rumah
bagi projek pembinaan di Bandar Cassia, Batu Kawan sejurus selepas sidang media
dekat sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment